Saturday 22 November 2008

Rumput ?

Mesti ramai yg suka tanam or tgk rumput yg cantik or menghijau di sekeliling rumah. Most of people loves to see rumput yg mcm permaidani tu. So below is the details about rumput. Check it out :-

Fakta Mengenai Rumput
  • Selain menjadi hiasan untuk laman, rumput adalah makanan haiwan. Dalam sesetengah keadaan padi, barli, jagung dan oat juga dimasukkan dalam kategori rumput. Ini bermakna rumput adalah sumber makanan terpenting di dunia.
  • Dalam sesetengah tempat, rumput banyak digunakan dalam pembinaan kediaman. Ini termasuk penggunaannya sebagai atap, dinding menerusi buluh (juga masuk dalam kategori rumput). Rumput juga digunakan untuk menghasilkan gula, liquor, roti dan plastik.
  • Rumput sebenarnya berfungsi menghalang tanah merekah dan tanah runtuh kerana akarnya mengikat tanah.
  • Seperti tumbuhan lain, rumput memerlukan tiga asas utama untuk hidup dan kekal lama iaitu cahaya matahari, air, nutrisi, selain biji benih yang elok, bebas daripada penyakit, serangan serangga.

Perkara yang perlu difikirkan sebelum menanam rumput
  • Kegunaan; adakah rumput itu ditanam untuk menghias kawasan keliling rumah, taman permainan kanak-kanak, padang bola, padang golf dan sebagainya. Lain kegunaan akan menentukan jenis rumput.
  • Tahap penjagaan; berapa kali sebulan atau seminggu anda sanggup memotong, membaja atau berapa jam sehari anda sanggup habiskan masa untuk membuang rumput liar. Kita akan bahagikan kepada kategori; tinggi, rendah dan sederhana.
  • Kawasan yang akan ditanam; adakah ia berdekatan dengan bangunan atau ada banyak pokok? Setengah jenis rumput memerlukan lebih dari enam jam sehari cahaya matahari yang terang.
  • Belanja yang sanggup kita keluarkan; ada rumput yang memerlukan lebih banyak baja atau racun untuk penjagaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gambar di bawah adalah cara2 meletakan rumput dgn betul..

Bersihkan tanah dan buang batu serta sampah sebelum rumput ditanam.

Atur rumput permaidani rapat-rapat mengelak rumput liar naik.


~ info taken from BERITA HARIAN

No comments: